Kerajaan bercadang meningkatkan jumlah pembelian vaksin COVID-19 kepdaa 70 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.<br />Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, ia bagi memastikan kesihatan rakyat terus terjamin sekali gus memutuskan rantaian penularan COVID-19.<br />Sumber dalaman Pakatan Harapan nafi laporan yang menyebut 10 ahli Parlimen UMNO beri sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.<br />Maklumat diperolehi sumber yang menyatakan sokongan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai palsu.
